Ketika dunia sedang bergelut dengan virus pemusnah coronavirus ini, hari teristimewa kini kian hampir menjelang tiba bagi seluruh umat Islam yang menyambutnya. Pada hari raya, kebiasaannya umat Islam meraikan hari lebaran dengan penuh keceriaan, keseronokan, saling ziarah-menziarahi, pulang ke kampung, bermaaf-maafan, memberi duit raya kepada cucu, sanak saudara, kawan sekerja dan sebagainya. Tetapi pada tahun ini, tahun 2020 yang lebih dikenali sebagai tahun robot, tahun kereta sudah mampu naik ke angkasa, tahun yang penuh gemilang secara tiba-tiba satu dunia diserang dengan wabak coronavirus yang banyak meragut nyawa insan tersayang.
Masyarakat kita tidak dapat lagi untuk pulang ke kampung dengan adanya peraturan dan perlembagaan negara yang telah diperketatkan bagi membanteras segala kemasukan pandemic yang merbahaya ini. Apa yang ada hanyalah santapan melalui telekomunikasi seperti video call Whatsapp bagi melepaskan keriangan hari raya bersama atas talian. Tiada lagi hiasan lampu pelita di rumah malah dentuman mercun yang kerap dimainkan oleh kanak-kanak sebelum tibanya hari raya. Masing-masing takut dan patuh dengan arahan kerajaan supaya tidak berada di luar rumah, berkeliaran bersama kawan-kawan dan sebaliknya.
Jiwa kita kosong tanpa perayaan hari raya, bukan seperti tahun sebelumnya. Lantaran, ada juga pihak tertentu yang telah kehilangan insan tersayang sewaktu dunia diserang virus pemusnah yang menyebabkan nyawa mereka pergi meninggalkan alam dunia sebelum sempat untuk meraikan hari lebaran. Dengan ini, Q4 e-World menzahirkan salam takziah kepada mereka yang terkesan dengan pandemic covid-19 ini.
Justeru, marilah kita bersama-sama mempertingkatkan dan memperkukuhkan pertalian silaturahim sesama kita tidak kira di mana sekalipun kita berada kerana kita ialah satu darah Islam, satu panji dan satu negara. Kesimpulannya, hidup kita di dunia ini hanyalah persinggahan sementara kerana tiket kita untuk pergi ke akhirat masih terbuka luas. Marilah kita beramal kebaikan, menjaga adab sesama kita dan terus bertakwa kepada Allah swt. Semoga akhirat kelak milik kita yang kekal abadi di naungan syurga Firdaus bersama para Anbiya. Amiin Ya Rabb.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN
p/s : walaupun agak awal post ini tak apa kan? Hehe..
0 comments:
Post a Comment