Monday, May 18, 2020

SEJARAH PENUBUHAN & REVOLUSI LOGO



Proses menjayakan logo sendiri mungkin ramai yang tidak menjangkakan yang ia memakan masa yang agak lama dengan kreativiti dan idea yang kita ingin tonjolkan di khayalak ramai. Sehubungan dengan itu, design yang perlu kita tampilkan mestilah mengimejkan profil sesuatu perniagaan ataupun lebih ingin dikenali di mata dunia. Namun realitinya, sangat sukar untuk mencari idea, sumber yang betul malah sentiasa bertukar pendapat sekiranya menjalankan perniagaan bersama.

Belum cerita tentang logo yang nak dihasilkan tetapi nama pula jadi bualan ramai, ada yang ingin nama yang simple, ada yang nak nampak sporty dan cool, macam-macam ragam. Jika persendirian pula, hanya makan masa lama untuk settings dan edit dengan idea dan kreativiti kita sendiri. Dalam hal ini, ingin dikongsikan sedikit proses revolusi logo yang telah dihasilkan.

Kejadian ini berlaku apabila logo tersebut disalahgunakan untuk dijadikan sebagai format GIF seperti yang anda nampak di atas ⇑




Punca daripada kesilapan sendiri memakan diri bagi menyiapkan proses tersebut dari permulaan. Mencari sumber juga berdasarkan illustration agak remeh dan cerewet. Tambahan pula, dengan hanya bermodal kecil menggunakan telefon bajet, ebook zaman kura-kura ternyata mempercepatkan zarah-zarah dalam badan. Kesabaran dalam menjayakan sesuatu tak semudah yang diimpikan. Graduan yang professional mungkin hasil kerja mereka berbeza daripada graduan tiruan XD. Selang dua hari akibat daripada kepadatan jadual berkerja, proses menyiapkan projek ini selesai. Hasilnya macam bawah ini ⇓




Perhatian! Isi kandungan yang terdapat di dalam ini hanyalah sukaan dan hobi semata-mata, tiada berkaitan antara yang hidup dan yang telah mati. 





0 comments:

Post a Comment