Pada era metropolitan kini, dunia teknologi sangat membantu dan memberi kemudahan kepada usahawan bagi pergiatan ekonomi terutamanya sektor perniagaan untuk mempromosikan dan merancang perkembangan industri masing-masing. Malah dalam sektor perniagaan swasta dan kerajaan juga dapat membina dan merangka perniagaan mereka dengan mudah secara langsung dan tidak langsung dengan adanya media sosial yang kini hangat menjadi pilihan ramai. Bukan sekadar sektor perniagaan namun perkembangan dalam industri perfileman, perbadanan kerajaan, perbankan dan lain-lain lagi dapat mengakses aplikasi media sosial dengan jayanya.
Lantaran, persediaan yang rapi dalam menubuhkan sesuatu perniagaan dijangka lebih mudah dan senang bagi menaikkan imej industri berkenaan dengan cara yang betul. Media sosial bukan sahaja dipilih sebagai alat untuk mempromosikan perniagaan mereka malah dapat dijadikan sebagai sumber pendapatan yang lumayan sekiranya bijak dalam mengatur dan mengurus pelan perniagaan mereka.
Tambahan pula, masyarakat kita juga sekarang ini sudah mula berjinak untuk beralih kepada sektor perniagaan kecil-kecilan. Hal ini demikian kerana media sosial dapat memberikan pendapatan yang pasif melalui aplikasi, laman web rasmi dan sebaliknya. Ada juga di kalangan kita yang pandai mengatur strategi perniagaan dengan membina blog sebagai sumber pendapatan tanpa diduga oleh masyarakat tempatan. Vlogging juga sudah mula jadi tarikan ramai untuk menjana wang kerana dengan kreativiti yang telah mereka pamerkan di dalam Youtube dapat menaikkan lagi subscriber dan juga followers di media sosial masing-masing.
Antara media sosial yang popular digunakan pada masa kini ialah Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Whatsapp, Snapchat dan lain-lain lagi. Secara puratanya, masyarakat kita masih buta untuk menggunakan media sosial sebagai lubuk untuk mencari sumber pendapatan baik dari segi pendapatan pasif mahupun aktif. Siapa sangka mereka yang ramai bergelar jutawan ini lahir daripada sektor perniagaan. Usahawan muda yang berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun telah berjaya membuktikan di mata dunia yang usaha mereka dalam membina perniagaan ini dapat menandingi pangkat seperti doktor, pensyarah dan sebagainya. Mereka telah giat dalam industri ini hanya dalam tempoh 5 hingga 7 tahun sahaja dengan usaha yang gigih dan sifat yang tidak pernah mengalah serta tidak mengenal erti "gulung tikar".
Hasilnya, rumah sudah dapat secara persendirian di waktu usia yang muda. Kereta impian juga sudah berada di depan mata. Media sosial bukan sebagai tempat kita mencari jodoh, melakukan jenayah cyber, mencuri akaun orang lain tetapi gunalah dengan bijak. Sebilangan daripada kita yang menyalahgunakan media sosial sebagai tempat untuk merosakkan keharmonian dan keamanan negara. Namun begitu, ingatlah bahawa yang dunia kita ini tidak kekal lama, lambat-laun di padang mahsyar juga kita dipertemukan dan disoal di hadapan Allah.
Natijahnya, perbahasan kali ini dapat membuka peluang dan minda masyarakat kita supaya mengambil iktibar dan peluang untuk mengatur sumber pendapatan kita baik dari segi pasif mahupun aktif dengan penggunaan media sosial. "Bunga takkan mekar selagi tidak tiba waktu bermusimnya".
Sekian.
ANTARA MEDIA SOSIAL YANG ANDA DAPAT IKUTI :
Telegram - myprepaid2u
Whatsapp - SRS Hotline
Webserver - Sistem SRS
Extra :
Halo TuneTalk - Telegram [UNOFFICIAL]
0 comments:
Post a Comment