Sunday, May 17, 2020

CABARAN BERPUASA KETIKA DUNIA DILANDA WABAK CORONAVIRUS




Siapa sangka tahun 2020 adalah tahun paling mencabar bagi seluruh umat Islam di seluruh pelusuk dunia. Kejatuhan ekonomi sedunia mula merosot dari semasa ke semasa tamsilnya kejatuhan harga minyak mentah, pasaran ekonomi dagang terjejas baik dari segi import mahupun export dan lain-lain lagi. Di samping itu, kegiatan sosialisasi menjadi sangat terbatas akibat wabak coronavirus atau lebih dikenali sebagai pandemic covid19. Lazimnya pandemic ini memberi impak negatif sekiranya masyarakat awam tidak mengamalkan penjarakan sosial dan juga aturan yang telah ditetapkan oleh World Health Organization (WHO).

Namun kita perlu diingatkan supaya lebih berhati-hati bagi mengelakkan pandemic covid19 ini berlaku terhadap diri kita sendiri. Pakailah topeng muka, duduk di rumah mengikut arahan yang ditetapkan oleh kerajaan kita, kerapkan basuh tangan dengan menggunakan hand sanitizer. Selain itu kita dinasihatkan agar tidak melanggar peraturan kerajaan supaya pandemic ini dapat dikawal dengan secepat yang mungkin. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga sedang bertungkus-lumus mencari vaksin terbaik bagi melawan virus baru yang banyak meragut nyawa manusia.

Pihak berkuasa telah pun banyak memberi kita kata motivasi yang tinggi supaya wabak ini dapat kita harungi bersama-sama. Sepanjang tempoh PKP dilaksanakan sudah tentu kita sangat merasai kehilangan kehidupan normal kita seperti keluar mencari makan bersama keluarga tersayang, pergi bersiar-siar bersama rakan sekerja kita dan seumpamanya. Ramai masyarakat kita telah kehilangan punca pendapatan terutamanya dalam sektor yang tidak penting seperti perhotelan, servis perkhidmatan dobi, kedai gunting rambut dan lain-lain lagi.

Kesimpulannya, marilah sama-sama kita memperbaiki diri kita supaya tidak terjerumus ke arah lubuk hitam coronavirus ini. Nyawa kita bukannya untuk dijual beli hakikatnya ajal tetap ditangan Tuhan. Diri kita mestilah dijaga sebaik yang mungkin. Gunakan undang-undang kehidupan baru bak kata pepatah barat "the new world order". Laksanakan tanggungjawab kita sebagai rakyat yang mempunyai unsur nilai-nilai murni agar keadaan semasa dapat dileraikan dengan mudah dan cepat. 


0 comments:

Post a Comment