Salam Ramadhan yang penuh barokah untuk seluruh umat Islam. Pengunjung sekalian, di akhir Ramadhan ini marilah kita bersama-sama merebut peluang untuk mengejar malam Lailatul Qadar yang paling istimewa ini, dalam hadis diriwayatkan yang berbunyi "carilah Lailatul Qadar itu pada malam-malam ganjil dari sepuluh malam terakhir (bulan Ramadhan)" HR Bukhari.
Merujuk kepada hadis di atas, malam Lailatul Qadar adalah di antara malam ganjil di bulan Ramadhan seperti 21, 23, 25, 27 dan 29. Antara tatacara yang dapat kita perkukuhkan di waktu akhir-akhir ini ialah dengan memperbanyakkan solat sunat terawih, beristighfar dengan penuh harapan supaya dosa-dosa kita diampunkan oleh Allah dan main point kita tak lain tak bukan dengan membaca AL-QURAN.
Barangsiapa yang membaca Al-Quran maka di alam barzakh nanti ia akan datang sebagai syafaat. Rugi teman-teman seandainya kita lalai dan alpa dengan nikmat keduniaan kerana dunia adalah panggung wayang semata-mata manakala di pandangan mereka yang bermujahadah dunia adalah tempat persinggahan yang tidak kekal lama kerana akhirat adalah singgahsana yang kekal abadi. Oleh itu, sanitasikan diri kita dengan amal kebaikan, penuhi jiwa kita dengan cahaya keimanan dan kejarlah ganjaran yang Allah berikan ini sebelum nasi menjadi bubur.
Selamat berpuasa dan selamat mengejar malam Lailatul Qadar
daripada :
0 comments:
Post a Comment