Monday, May 25, 2020

SENARAI SRS TOPUP MEDIA SOSIAL


Pada era metropolitan kini, dunia teknologi sangat membantu dan memberi kemudahan kepada usahawan bagi pergiatan ekonomi terutamanya sektor perniagaan untuk mempromosikan dan merancang perkembangan industri masing-masing. Malah dalam sektor perniagaan swasta dan kerajaan juga dapat membina dan merangka perniagaan mereka dengan mudah secara langsung dan tidak langsung dengan adanya media sosial yang kini hangat menjadi pilihan ramai. Bukan sekadar sektor perniagaan namun perkembangan dalam industri perfileman, perbadanan kerajaan, perbankan dan lain-lain lagi dapat mengakses aplikasi media sosial dengan jayanya.

Lantaran, persediaan yang rapi dalam menubuhkan sesuatu perniagaan dijangka lebih mudah dan senang bagi menaikkan imej industri berkenaan dengan cara yang betul. Media sosial bukan sahaja dipilih sebagai alat untuk mempromosikan perniagaan mereka malah dapat dijadikan sebagai sumber pendapatan yang lumayan sekiranya bijak dalam mengatur dan mengurus pelan perniagaan mereka.

Tambahan pula, masyarakat kita juga sekarang ini sudah mula berjinak untuk beralih kepada sektor perniagaan kecil-kecilan. Hal ini demikian kerana media sosial dapat memberikan pendapatan yang pasif melalui aplikasi, laman web rasmi dan sebaliknya. Ada juga di kalangan kita yang pandai mengatur strategi perniagaan dengan membina blog sebagai sumber pendapatan tanpa diduga oleh masyarakat tempatan. Vlogging juga sudah mula jadi tarikan ramai untuk menjana wang kerana dengan kreativiti yang telah mereka pamerkan di dalam Youtube dapat menaikkan lagi subscriber dan juga followers di media sosial masing-masing.

Antara media sosial yang popular digunakan pada masa kini ialah Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Whatsapp, Snapchat dan lain-lain lagi. Secara puratanya, masyarakat kita masih buta untuk menggunakan media sosial sebagai lubuk untuk mencari sumber pendapatan baik dari segi pendapatan pasif mahupun aktif. Siapa sangka mereka yang ramai bergelar jutawan ini lahir daripada sektor perniagaan. Usahawan muda yang berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun telah berjaya membuktikan di mata dunia yang usaha mereka dalam membina perniagaan ini dapat menandingi pangkat seperti doktor, pensyarah dan sebagainya. Mereka telah giat dalam industri ini hanya dalam tempoh 5 hingga 7 tahun sahaja dengan usaha yang gigih dan sifat yang tidak pernah mengalah serta tidak mengenal erti "gulung tikar".

Hasilnya, rumah sudah dapat secara persendirian di waktu usia yang muda. Kereta impian juga sudah berada di depan mata. Media sosial bukan sebagai tempat kita mencari jodoh, melakukan jenayah cyber, mencuri akaun orang lain tetapi gunalah dengan bijak. Sebilangan daripada kita yang menyalahgunakan media sosial sebagai tempat untuk merosakkan keharmonian dan keamanan negara. Namun begitu, ingatlah bahawa yang dunia kita ini tidak kekal lama, lambat-laun di padang mahsyar juga kita dipertemukan dan disoal di hadapan Allah. 

Natijahnya, perbahasan kali ini dapat membuka peluang dan minda masyarakat kita supaya mengambil iktibar dan peluang untuk mengatur sumber pendapatan kita baik dari segi pasif mahupun aktif dengan penggunaan media sosial. "Bunga takkan mekar selagi tidak tiba waktu bermusimnya".

Sekian.

ANTARA MEDIA SOSIAL YANG ANDA DAPAT IKUTI :

Telegram - myprepaid2u
Whatsapp - SRS Hotline
Webserver - Sistem SRS

Extra :

Halo TuneTalk - Telegram [UNOFFICIAL]


PANDUAN TAMBAH MODAL SRS TOPUP [NOTA PENTING & RINGKAS]



Apa yang perlu dilakukan oleh agen SRS Topup ketika berhajat untuk menambah modal ialah :

  • Resit bank wajib disimpan sebagai bukti pembayaran telah dibuat
  • Melalui resit bank, lakukannya sebagai format pembelian modal di SRS Apps
  • Bank In [BI] jumlah yang istimewa seperti RM110, RM210 dan RM310 supaya senang untuk detect
  • Pastikan tidak membuat transaksi BI pada jumlah RM50 dan RM100 ketika membeli modal bagi mengelakkan pertindihan berlaku
  • Sekiranya ingkar syarikat tidak akan bertanggungjawab atas kesalahan yang dilakukan oleh agen berdaftar mahupun dealer dan sebagainya.
  • Dilarang interbank semasa ingin membeli modal
  • Interbank adalah satu proses pembelian modal dengan menggunakan bank yang berlainan jenis seperti CIMB kepada MBB
  • Dinasihatkan supaya terus melakukan format selepas membeli modal pada hari yang sama
  • Pembelian menerusi Internet Banking dan melalui webserver http://reload.dyndns.org:8009/ tidak memerlukan pelaksanaan format namun dinasihatkan supaya simpan resit bank sekiranya ada gangguan teknikal semasa proses pembelian modal
  • Menambah modal mengambil masa selama 5 hingga 90 minit
  • Staff SRS akan membuat semakan terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam akaun SRS anda
  • Bagi sesiapa yang membeli modal melalui BSN, penambahan modal dibuat selepas 24 jam. Hal ini demikian kerana sistem BSN mengemas kini butiran pengguna sejak 13/1/2015
  • Waktu urus niaga ialah Isnin-Sabtu (9am-11pm) manakala pembelian modal pada hari Ahad dan cuti umum akan dikemaskini kira-kira 5 jam
Sebarang masalah tentang pembelian modal boleh hubungi SRS Hotline atas talian : 0176724119

Panduan ini disediakan oleh Q4 e-World berpandukan nota-nota yang sahih dan benar. Sekiranya anda kurang yakin dengan panduan tambah modal SRS ini, sila layari laman web rasmi SRS untuk info yang lebih diyakini.

Sekian





Sunday, May 24, 2020

PANDUAN LOGIN SRS UNTUK PERTAMA KALI [AMATEUR AGEN]


Kepada pengguna SRS Topup yang pertama kali ingin membuat log masuk sila ikuti panduan bergambar seperti rajah di atas. Cara-caranya sangat simple dan senang sekali untuk amateur yang baru sahaja berjinak dengan perniagaan reload topup online ini.

Silakan download terlebih dahulu aplikasi SRS Topup ini di App Store samada anda pengguna android ataupun iOS. Aplikasi ini percuma tanpa dikenakan sebarang bayaran tersembunyi.

Pengguna iOS

DOWNLOAD HERE

Pengguna Android

 DOWNLOAD HERE


OK! Sekarang sudah download jom kita tengok macam mana caranya. Boleh rujuk gambar rajah di atas ↑

Error - Gambar di atas menunjukkan sedikit kesalahan photo editing di mana langkah 1 & 2 tertukar.

Langkah pertama mulakan dengan memasukkan server key.
Langkah kedua barulah tekan login.

Enter Server Key : MYPREPAID2U 

Proceed to Login & akan keluar di bawah ini ↓


Isi maklumat seperti gambar rajah di atas.

Masukkan nombor telefon yang telah didaftarkan

Password kebiasaannya bagi permulaan akan diberikan oleh dealer yang mendaftarkan anda sebagai agen SRS. Namun selepas itu anda boleh tukar password anda di website rasmi sistem SRS.

Tukar password anda di sini - http://reload.dyndns.org:8009/

Sekiranya anda ada masalah berkaitan dengan SRS Topup, sila buat aduan dan pertanyaan atas talian 0176724119 [SRS Hotline]

Kalau anda terlupa password boleh klik "Forgot Password" seperti contoh gambar di atas.

Apa lagi? Dah selesai terus tekan LOGIN dan anda dapat menjalankan perniagaan topup online anda di mana jua anda berada.

Sekian, terima kasih dan SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN [1441H]

Sejunjung ikhlas daripada :



Saturday, May 23, 2020

CARA TAMBAH MODAL SECARA MANUAL [BANK IN]

Ikuti panduan di bawah ini untuk menambah modal SRS secara manual dalam erti kata lain Bank In

Amaran! Dilarang membuat INTERBANK apabila ingin membeli modal dalam kaedah ini. Penjelasan tentang INTERBANK akan dihuraikan di gambar nombor 4 dan 5. Sila baca sebelum membuat pembelian modal.

Langkah-langkah tambah modal manual adalah seperti berikut :

  • Login ke CIMB CLICKS atau mana-mana bank yang anda ada
  • Sekiranya anda tiada online banking, pergi ke mesin CDM berdekatan mengikut kategori bank yang anda pilih untuk membeli modal
  • Masukkan jumlah RMXXX.XX yang anda kehendaki
  • Semak details maklumat bank penerima secara teliti [MOMEY TELECOMUNICATIONS SOLUTION]
  • Selesai membuat pembayaran, simpan resit untuk membuat rujukan format nanti


Ini adalah contoh dari bank CIMB CLICKS yang telah selesai membuat transfer online. Bahagian yang tidak sempat ditunjukkan adalah masa pembayaran dibuat. Oleh itu anda dinasihatkan untuk terus ke SRS Apps bagi melakukan format Bank In. 

INGAT! Selesai transfer simpan resit sebagai rujukan format dan terus login ke SRS Apps

Langkah seterusnya adalah dengan melakukan format Bank In [BI] berdasarkan bank pilihan yang telah anda lakukan. Lihat dengan teliti gambar rajah di bawah ↘



1. Pergi ke - Account
2. Klik - Top Up Credit



Di sini anda akan lihat banyak pilihan untuk membuat pembelian modal. Abaikan dan terus pergi ke highlight orange.

3. Tekan - Bank In


Highlight biru :

Akaun bank syarikat ada 4 jenis pilihan. 

  • MBB [Maybank] - 512503052034
  • BIMB [Bank Islam] - 12065020088038
  • BSN [Bank Simpanan Nasional] - 1411641000002139
  • Ketiga-tiga bank di atas memaparkan nama pemilik [MOHD MUHAIMIN B ABD HAMID]
  • CIMB [CIMB] - 8009390075
  • Manakala CIMB pula memaparkan nama [MOMEY TELECOMUNICATION]
  • Semak dahulu kategori mana yang anda pilih sebentar tadi ketika membuat transfer bank di mesin CDM/ATM/Online Banking.
Nota Penting! 

Interbank : Membuat pindahan wang ke akaun bank lain ke bank lain. Contohnya, dari CIMB ke MAYBANK (dilarang sama sekali)

BI : Istilah kepada Bank In

Kaedah format : Rujuk sepenuhnya pada format resit bank dan terus buat FORMAT BI. Format bermaksud ikut sama macam dalam resit bank. Tarikh, masa, jumlah, no hp, bank apa.

BI untuk beli modal mestilah dibuat format pada hari yang sama

OK. Kita masuk langkah ke 4 dan 5 :-

4. Tengok resit bank - tiru semua tarikh dan masa yang ada pada resit tadi
5. Tekan submit setelah selesai mengisi jumlah dan nombor telefon. Rujuk gambar di atas


Untuk membuat pengesahan samada modal sudah dimasukkan atau tidak. Sila pergi ke Account - BI List. Semak status BI List berjaya atau tidak.


Testimoni Q4 e-World melalui format BI [Bank In]

Pending : Staff SRS sedang membuat semakan lanjut mengenai pembelian modal
Success : Modal sudah ada dalam akaun SRS anda
Rejected : Modal tidak dimasukkan kerana kesalahan format BI semasa membuat pembelian.

PERINGATAN! Ketika membeli modal mestilah dilakukan pada hari yang sama FORMAT BI





Friday, May 22, 2020

APA ITU SRS TOPUP?


SRS Topup merupakan syarikat perniagaan digital yang menawarkan perkhidmatan pembayaran online kepada Master, Dealer dan juga Agen yang berdaftar. Aplikasi SRS Topup ini diwujudkan bagi memudahkan proses pembayaran bil, reload online dan banyak lagi kepada mereka yang menjalankan perniagaan topup online ini secara langsung atau tak langsung. Secara amnya, syarikat induk yang menjalankan perniagaan topup online ini lebih dikenali sebagai MOMEY RESOURCES yang beroperasi di Johor Bahru.

Sebagai agensi berdaftar, ramai pengguna melibatkan diri dalam usaha untuk membangunkan nama syarikat dengan menyertai sebahagian daripada anak syarikat dengan membuka cawangan di seluruh negara. Mereka menjadikan kerjaya perniagaan topup online ini sebagai sumber pendapatan harian yang hampir puratanya berjaya mendapat komisyen yang tinggi setiap bulan dengan beralaskan telefon pintar dan sedikit modal pembukaan.

Ramai yang tidak sedar akan kelebihan menyertai sebagai salah satu agen berdaftar di bawah syarikat induk ini untuk menjana pendapatan pasif mahupun aktif. SRS Topup sudah lama berkecimpung dalam dunia digital platform ini sejak dari awal tahun pertubuhannya. Peningkatan pendaftaran agen/dealer yang mendadak terus membuka peluang untuk perniagaan ini terus berkembang secara rawak dalam talian bagi memberikan perkhidmatan topup online, bayar bil dan lain-lain.

Sebagai AGEN SRS, anda perlu ambil tahu serba sedikit mengenai latar belakang SRS Topup ini supaya sekiranya ada pembeli ingin membuat pembayaran bil dan reload online daripada anda, persediaan untuk memulakan sesi perbahasan dapat dibicarakan dengan lancar berlandaskan nota-nota dan info yang disediakan oleh sumber berkaitan.

Antara intipati yang dapat dikaiskan dari aplikasi SRS Topup adalah :





"WOW! BISNES TOPUP TERBAIK DI MALAYSIA. SEMUANYA DIHUJUNG JARI ANDA."

Agen yang berdaftar dinasihatkan supaya membuat penyelidikan terlebih dahulu mengenai cara penggunaan SRS APP ini sebelum memulakan perniagaan. Lakukan testimoni secara kecil-kecilan terlebih dahulu bagi memastikan kaedah yang akan diguna pakai nanti berjalan dengan lancar dan jayanya tanpa berlakunya sebarang kesilapan, kekeliruan dan kesalahfahaman agen terbabit.

Hal ini demikian kerana, sekiranya agen yang mendaftar di bawah dealer tersebut tidak dapat memberikan respon secepatnya, maka dengan adanya pengujian sebelum penjualan dapat berjalan dengan baik malah semua isu yang dihadapi oleh agen dapat diselesaikan tanpa menunggu maklum balas dealer. Dealer akan membimbing agen di bawahnya sebagai penunjuk arah untuk menggunakan sistem SRS ini supaya kelancaran dalam proses transaksi bersama pembeli topup, pembayaran bil mahupun urus niaga agen di aplikasi ini lebih mudah dikendalikan.

Adakah anda menikmati masa luangan anda untuk membaca kandungan seperti ini? Jika jawapan anda "YA" menunjukkan anda sudah bersedia untuk memulakan langkah kanan menyertai sebahagian daripada bisnes topup online ini. Sebaliknya jika jawapan anda "TIDAK" admin menggalakkan anda supaya pergi ke pautan yang lebih berkonsepkan kepada bentuk point kerana apa yang anda dapat pelajari mungkin lebih senang untuk difahami.


Keterangan & Huraian Selanjutnya Mengenai SRS Topup

MUKA SURAT SETERUSNYA >>>

KESAHIHAN Q4 E-WORLD SEBAGAI DEALER SRS TOPUP BERDAFTAR


Berikut adalah maklumat pendaftaran dealer SRS [Q4 e-World] atau nama empunya Dawy. Lihat gambar rajah di atas. Apa yang anda nampak? Sebagai dealer SRS yang sah, admin telah mengepos info berkaitan kesahihan Q4 e-World sebagai dealer rasmi di bawah syarikat SRS Topup berkaitan.

Bagi sesiapa yang tertanya-tanya apakah nama syarikat pemilik asal yang telah admin daftarkan adalah seperti yang berikut :

MOMEY RESOURCES (0120818-A)
NO 53 & 55,
JALAN BAIDURI 1,
TAMAN BAIDURI,
81300 JOHOR BAHRU,
JOHOR

Ini pula bukti syarikat mempunyai SSM yang berdaftar


Sekiranya anda masih curiga dengan perniagaan topup SRS ini, sila kemukakan alasan yang kukuh berkaitan isu yang anda ingin maklumkan.

Penting! Q4 e-World tidak sama sekali berniat untuk menggunakan nama syarikat induk sebagai kesahihan perniagaan untuk Q4 e-World. Namun, secara amnya Q4 e-World telah menjadi sebahagian daripada IBU SYARIKAT MOMEY RESOURCES yang lebih dikenali sebagai DEALER BERDAFTAR

Sila rujuk gambar rajah DealerInfo paling atas 

MSISDN : 601118700405
Nama Pendaftar : Dawi
ID : 153758
Sah Laku Pada : 11/5/2020 - 12:01:19PM

Sebarang pertanyaan sila hubungi atas talian 01118700405. Kefahaman anda amatlah dihargai, jangan sebarkan aduan palsu sekiranya anda tidak menyakini dengan perniagaan SRS Topup ini. Sekian, terima kasih.


Wednesday, May 20, 2020

PENJELASAN MENGENAI TOPUP ONLINE & PEMBAYARAN BIL [BENTUK POINT & RINGKAS]



Apa itu TOPUP ONLINE?

  • Kaedah pengkreditan melalui online untuk dibeli terus ke telco berkaitan

Apa itu PEMBAYARAN BIL?
  • Pembayaran bil utiliti seperti bil air, elektrik, astro dan pelbagai lagi secara atas talian melalui dealer yang sah [Q4 e-World]

Perbezaan antara TOPUP ONLINE, PIN RELOAD & PEMBAYARAN BIL :

Topup Online : 
  • Apabila pembeli membuat pembayaran, nombor telco anda akan terus dikreditkan
  • Pengkreditan terus ke nombor pembeli melalui Q4 e-World
Pin Reload :
  • Diberi dalam bentuk kod atau nombor supaya pembeli dapat membuat keputusan yang tepat di mana topup itu ingin dikreditkan.
  • Dibuat secara persendirian selepas mendapat resit daripada Q4 e-World 
Pembayaran Bil :
  • Menggunakan nombor akaun bil utiliti dan beberapa maklumat yang lain untuk dibayar online
  • Merangkumi pemprosesan secara atas talian setelah pembayaran dibuat
  • Memerlukan maklumat pembeli dan jumlah tertentu tanpa ada (SEN) seperti RM28.90 (90 sen tidak dikira) perlu genapkan jadi RM29
  • Boleh dibuat secara Booking Before Buy [3B] melalui appointment bersama Q4 e-World supaya segala pelaksanaan bil utiliti pengguna dapat diselesaikan dalam satu masa
Antara perkhidmatan yang tersedia di sini ialah :


gambar rajah (i) international flexi 


gambar rajah (ii) & (iii) semua jenis telco


gambar rajah (iii)


gambar rajah (iv) & (v) semua jenis telco berbentuk pin reload

#note : SRSPRINTER & PAPERROLL hanyalah untuk kemudahan dealer/agen SRS Topup


gambar rajah (v) termasuk Grab, UniFi, Lazada, TMGo dan etc. 

#note : berbentuk pin


gambar rajah (vi), (vii) & (viii) semua jenis bil utiliti disediakan


gambar rajah (vii) bil air mahupun elektrik ada di sini


gambar rajah (viii) AEON Credit Service 


Contoh testimoni secara langsung oleh Q4 e-World :



Apa itu Booking Before Buy [3B]?
  • Dari sudut istilah Bahasa Melayu ialah tempah sebelum beli
  • Melalui appointment daripada Q4 e-World untuk membuat pembelian secara sekaligus berdasarkan maklumat yang sahih dan tepat
  • Menyediakan pelbagai jenis pembayaran baik dari segi bil utiliti mahupun pin reload/topup online
Kelebihan Booking Before Buy [3B] :
  • Dapat menjimatkan ruang dan masa yang fleksibel agar urusan bil utiliti dapat dibayar tanpa login ke apps lain, keluar beratur di ATM dan sebagainya
  • Urusan atas talian bersama Q4 e-World yang mudah dan cepat
  • Tidak tergesa-gesa untuk memikirkan bil yang tertunggak atau bil yang belum sempat dijelaskan

Untuk maklumat yang lebih lanjut sila hubungi Q4 e-World atas talian Whatsapp :

601118700405


Sincerely :









MENZAHIRKAN SALAM LEBARAN AIDILFITRI TAHUN 2020



Ketika dunia sedang bergelut dengan virus pemusnah coronavirus ini, hari teristimewa kini kian hampir menjelang tiba bagi seluruh umat Islam yang menyambutnya. Pada hari raya, kebiasaannya umat Islam meraikan hari lebaran dengan penuh keceriaan, keseronokan, saling ziarah-menziarahi, pulang ke kampung, bermaaf-maafan, memberi duit raya kepada cucu, sanak saudara, kawan sekerja dan sebagainya. Tetapi pada tahun ini, tahun 2020 yang lebih dikenali sebagai tahun robot, tahun kereta sudah mampu naik ke angkasa, tahun yang penuh gemilang secara tiba-tiba satu dunia diserang dengan wabak coronavirus yang banyak meragut nyawa insan tersayang.

Masyarakat kita tidak dapat lagi untuk pulang ke kampung dengan adanya peraturan dan perlembagaan negara yang telah diperketatkan bagi membanteras segala kemasukan pandemic yang merbahaya ini. Apa yang ada hanyalah santapan melalui telekomunikasi seperti video call Whatsapp bagi melepaskan keriangan hari raya bersama atas talian. Tiada lagi hiasan lampu pelita di rumah malah dentuman mercun yang kerap dimainkan oleh kanak-kanak sebelum tibanya hari raya. Masing-masing takut dan patuh dengan arahan kerajaan supaya tidak berada di luar rumah, berkeliaran bersama kawan-kawan dan sebaliknya. 

Jiwa kita kosong tanpa perayaan hari raya, bukan seperti tahun sebelumnya. Lantaran, ada juga pihak tertentu yang telah kehilangan insan tersayang sewaktu dunia diserang virus pemusnah yang menyebabkan nyawa mereka pergi meninggalkan alam dunia sebelum sempat untuk meraikan hari lebaran. Dengan ini, Q4 e-World menzahirkan salam takziah kepada mereka yang terkesan dengan pandemic covid-19 ini.

Justeru, marilah kita bersama-sama mempertingkatkan dan memperkukuhkan pertalian silaturahim sesama kita tidak kira di mana sekalipun kita berada kerana kita ialah satu darah Islam, satu panji dan satu negara. Kesimpulannya, hidup kita di dunia ini hanyalah persinggahan sementara kerana tiket kita untuk pergi ke akhirat masih terbuka luas. Marilah kita beramal kebaikan, menjaga adab sesama kita dan terus bertakwa kepada Allah swt. Semoga akhirat kelak milik kita yang kekal abadi di naungan syurga Firdaus bersama para Anbiya. Amiin Ya Rabb. 

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

p/s : walaupun agak awal post ini tak apa kan? Hehe..

Monday, May 18, 2020

SEJARAH PENUBUHAN & REVOLUSI LOGO



Proses menjayakan logo sendiri mungkin ramai yang tidak menjangkakan yang ia memakan masa yang agak lama dengan kreativiti dan idea yang kita ingin tonjolkan di khayalak ramai. Sehubungan dengan itu, design yang perlu kita tampilkan mestilah mengimejkan profil sesuatu perniagaan ataupun lebih ingin dikenali di mata dunia. Namun realitinya, sangat sukar untuk mencari idea, sumber yang betul malah sentiasa bertukar pendapat sekiranya menjalankan perniagaan bersama.

Belum cerita tentang logo yang nak dihasilkan tetapi nama pula jadi bualan ramai, ada yang ingin nama yang simple, ada yang nak nampak sporty dan cool, macam-macam ragam. Jika persendirian pula, hanya makan masa lama untuk settings dan edit dengan idea dan kreativiti kita sendiri. Dalam hal ini, ingin dikongsikan sedikit proses revolusi logo yang telah dihasilkan.

Kejadian ini berlaku apabila logo tersebut disalahgunakan untuk dijadikan sebagai format GIF seperti yang anda nampak di atas ⇑




Punca daripada kesilapan sendiri memakan diri bagi menyiapkan proses tersebut dari permulaan. Mencari sumber juga berdasarkan illustration agak remeh dan cerewet. Tambahan pula, dengan hanya bermodal kecil menggunakan telefon bajet, ebook zaman kura-kura ternyata mempercepatkan zarah-zarah dalam badan. Kesabaran dalam menjayakan sesuatu tak semudah yang diimpikan. Graduan yang professional mungkin hasil kerja mereka berbeza daripada graduan tiruan XD. Selang dua hari akibat daripada kepadatan jadual berkerja, proses menyiapkan projek ini selesai. Hasilnya macam bawah ini ⇓




Perhatian! Isi kandungan yang terdapat di dalam ini hanyalah sukaan dan hobi semata-mata, tiada berkaitan antara yang hidup dan yang telah mati. 





SALAM RAMADHAN MUBARAK TAHUN 2020 BERSAMAAN 1441 HIJR



Salam Ramadhan yang penuh barokah untuk seluruh umat Islam. Pengunjung sekalian, di akhir Ramadhan ini marilah kita bersama-sama merebut peluang untuk mengejar malam Lailatul Qadar yang paling istimewa ini, dalam hadis diriwayatkan yang berbunyi "carilah Lailatul Qadar itu pada malam-malam ganjil dari sepuluh malam terakhir (bulan Ramadhan)" HR Bukhari. 

Merujuk kepada hadis di atas, malam Lailatul Qadar adalah di antara malam ganjil di bulan Ramadhan seperti 21, 23, 25, 27 dan 29. Antara tatacara yang dapat kita perkukuhkan di waktu akhir-akhir ini ialah dengan memperbanyakkan solat sunat terawih, beristighfar dengan penuh harapan supaya dosa-dosa kita diampunkan oleh Allah dan main point kita tak lain tak bukan dengan membaca AL-QURAN

Barangsiapa yang membaca Al-Quran maka di alam barzakh nanti ia akan datang sebagai syafaat. Rugi teman-teman seandainya kita lalai dan alpa dengan nikmat keduniaan kerana dunia adalah panggung wayang semata-mata manakala di pandangan mereka yang bermujahadah dunia adalah tempat persinggahan yang tidak kekal lama kerana akhirat adalah singgahsana yang kekal abadi. Oleh itu, sanitasikan diri kita dengan amal kebaikan, penuhi jiwa kita dengan cahaya keimanan dan kejarlah ganjaran yang Allah berikan ini sebelum nasi menjadi bubur. 

Selamat berpuasa dan selamat mengejar malam Lailatul Qadar 

daripada :



Sunday, May 17, 2020

CABARAN BERPUASA KETIKA DUNIA DILANDA WABAK CORONAVIRUS




Siapa sangka tahun 2020 adalah tahun paling mencabar bagi seluruh umat Islam di seluruh pelusuk dunia. Kejatuhan ekonomi sedunia mula merosot dari semasa ke semasa tamsilnya kejatuhan harga minyak mentah, pasaran ekonomi dagang terjejas baik dari segi import mahupun export dan lain-lain lagi. Di samping itu, kegiatan sosialisasi menjadi sangat terbatas akibat wabak coronavirus atau lebih dikenali sebagai pandemic covid19. Lazimnya pandemic ini memberi impak negatif sekiranya masyarakat awam tidak mengamalkan penjarakan sosial dan juga aturan yang telah ditetapkan oleh World Health Organization (WHO).

Namun kita perlu diingatkan supaya lebih berhati-hati bagi mengelakkan pandemic covid19 ini berlaku terhadap diri kita sendiri. Pakailah topeng muka, duduk di rumah mengikut arahan yang ditetapkan oleh kerajaan kita, kerapkan basuh tangan dengan menggunakan hand sanitizer. Selain itu kita dinasihatkan agar tidak melanggar peraturan kerajaan supaya pandemic ini dapat dikawal dengan secepat yang mungkin. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga sedang bertungkus-lumus mencari vaksin terbaik bagi melawan virus baru yang banyak meragut nyawa manusia.

Pihak berkuasa telah pun banyak memberi kita kata motivasi yang tinggi supaya wabak ini dapat kita harungi bersama-sama. Sepanjang tempoh PKP dilaksanakan sudah tentu kita sangat merasai kehilangan kehidupan normal kita seperti keluar mencari makan bersama keluarga tersayang, pergi bersiar-siar bersama rakan sekerja kita dan seumpamanya. Ramai masyarakat kita telah kehilangan punca pendapatan terutamanya dalam sektor yang tidak penting seperti perhotelan, servis perkhidmatan dobi, kedai gunting rambut dan lain-lain lagi.

Kesimpulannya, marilah sama-sama kita memperbaiki diri kita supaya tidak terjerumus ke arah lubuk hitam coronavirus ini. Nyawa kita bukannya untuk dijual beli hakikatnya ajal tetap ditangan Tuhan. Diri kita mestilah dijaga sebaik yang mungkin. Gunakan undang-undang kehidupan baru bak kata pepatah barat "the new world order". Laksanakan tanggungjawab kita sebagai rakyat yang mempunyai unsur nilai-nilai murni agar keadaan semasa dapat dileraikan dengan mudah dan cepat.